Wednesday, March 16, 2011

Artis tu nak cuba kaedah tabung uji ke?

Jangan sensasikan usaha artis ini ya...

Siapa yang tak nak cahaya mata kan? Apatah lagi kalau usia perkahwinan dah lebih dua tahun. Kalau lagi lama, lagilah keinginan membuak-buak.Takut nanti dibilang orang pasangan itu ada masalah mengembangkan zuriat. Tak kisahlah si suami atau si isteri yang akan dikata bermasalah.

Sebab itulah agaknya pasangan yang satu ni mahu cuba pelbagai kaedah untuk membolehkan si isteri hamil. Zaman sekarangkan dah maju dunia perubatan kita ni. Apa sahaja boleh diusahakan. Termasuk kaedah kehamilan melalui tabung uji.

Kita pun tak adalah terkejut kalau pasangan artis tu nak cuba kaedah ni kalau usaha mereka untuk mendapat zuriat secara normal tak berhasil. Apa salahnya mereka mencubanya. Janganlah ada pulak pihak yang memandang sinis dan memperlekehkan usahanya itu.

Kalau asyik ditanya orang bila nak timang baby, pastilah dia naik rimas nak jawab soalan yang sama. Sebab itulah agaknya dia nak cuba kaedah yang satu ni. Malah tarik dan tempatnya pun dah ada untuk memulakan rawatan tersebut. Dengar-dengarnya sebelum pertengahan tahun ini.

Haa... kalau selepas ini senyap aja artis yang sorang ni daripada dunia seni, itulah masanya dia sedang menjaga kandungannya. Pasti ramai yang nak lihat bagaimana agaknya rupa anak artis yang sorang tu kan?

Kita pun nak juga tengok sebab artis ni memang seorang yang sukakan kanak-kanak. Kalau selama ini dia mencurahkan kasih kepada anak buah dan anak kepada kawan-kawan rapatnya, tahun depan dia akan mengulit anak sendiri pula. Insya-Allah.