Sunday, March 20, 2011

maia estianty berubah jadi 'dj maia'


Kalau sebelum ini orang mengenal Maia Estianty sebagai penyanyi, namun saat aksi pembuka konsert Far East Movement di Istora Senayan Jakarta, Selasa malam, penonton disuguhi aksi yang sedikit beza. Maia yang berkolaborasi dengan DJ Devina tampil dengan gelaran baru, iaitu DJ Maia.

Bersama dengan Mey Chan, Leeya dan Angel Percussion, Maia mampu menarik perhatian penonton untuk memanaskan suasana. Terbukti dari banyaknya penonton yang ikut berjingkrak dan bergoyang di setiap lagu yang dibawakan oleh Maia dan kawan2.

Lagu-lagu yang sedang top di dunia clubbers pun dibawakan seperti Only Girl dari Rihanna, Firework dari Katy Perry, Please Don't Go dari Mike Posner, Time of My Life dari The Black Eyed Peas dan lain sebagainya.

Dan tak hanya membawakan lagu luar Maia juga membawakan lagu yang dipopularkannya sendiri, iaitu Pengkhianat Cinta dan Yang Penting Happy.

Penampilan epik Maia juga telah menjadi favorite malam itu. Maia dapat menunjukkan satu lagi bakatnya, iaitu menjadi DJ dan hal tersebut ternyata dapat diterima oleh clubbers yang hadir dalam Konsert bertajuk 'Far*East Movement Meets Jakarta' tersebut.