Sunday, March 20, 2011

lost in papua diprotes, fauzi baadilla nilai salah faham


Filem LOST IN PAPUA memantik reaksi kontroversi di mana filem tersebut diprotes oleh Lembaga Adat Masyarakat Papua. Aksi protes ini sendiri dilakukan oleh Lenis Koboya. STH M. Hum yang merupakan ketua lembaga tersebut, di mana beliau kecewa kerana filem tersebut menampilkan adanya suku kanibal di Papua.

Menjawab protes ini, Fauzi Baadilla yang turut membintangi filem ini menyatakan bahawa hal ini terjadi kerana salah faham.

Menurut aktor senior tersebut, pengarah filem ini iaitu Irham Acho Bahtiar adalah orang Papua. Dari sini jelas bahawa pengarahnya tidak mahu menjelek-jelekkan daerahnya sendiri.

Selain itu menurut lelaki ini, filem ini sendiri malah bertujuan mengangkat darjat masyarakat Papua.