Sunday, January 16, 2011

GEMPAR!!!! Oiii UMNO? Selama ni korang berdoa kat sapa hahhh?


Hahahaha...korang jangan ingat pulak gua dah masuk parti cap bulan pasal Najib nak buat Kerajaan Perpaduang dengan Hadi. Sebenarnya ayat tajuk diatas tu bukan gua yang punya, itu harta Nik Aziz yang punyaaaa.... Diulangi, Nik Azizzz yang punyaaaaa...

Korang tahu tak, semalam semasa Pok Nik berceramah di Stadium Malawati sempena Solat Hajat selamatkan DAP Selangor, orang tua tu kata parti cap keris sudah tolak Islam. Tolak Islam bermakna tolak Allah.. Jadi, dia pun tanyalah.., 'selama ni orghe UMNO doa kat sapa' ?

Fuhhh...keji punya permainan politik ni baiii. Dah banyak kali gua cakap tapi masih ramai yang tak faham. Politik tu bukan agama.., dan jangan mempergunakan agama untuk berpolitik! Apalah bengap sangat nak faham ni?

Politik tu ideologi, agama tu pulak pegangan hidup. Jadi mana boleh lu suka hati mak bapak lu kata Politik tu agama baii.

Walaupun politik syiyasah tu ada didalam sebahagian kecil agama Islam, tapi lu kena tahu apa yang dimahukan oleh Islam didalam berpolitik menentukan pentadbiran.

Islam tak suruh berpolitik macam Nik Aziz ni yang mengatakan partinya sahaja yang Islam, dan yang lain dari parti cap bulan semuanya bukan Islam dan menolak Islam. Inilah yang gua namakan sebagai politik cara bangang dari seorang binatang politik yang bernama Pok Nik!

Dari perspektif Nik Aziz ni, sesiapa saja yang jadi ahli atau sokong parti cap bulan, puak-puak tu lah doanya diterima Allah, imannya terjamin.., dan yang paling hebat.., syurga dah confirm dah.

Hallooo Pok Nik, gua tahulah lu dah diupgradekan jadi wali tersohor dalam PAS. Tapi lu tak boleh suka-suka nak nilaikan iman ataupun pegangan agama seseorang. Gua peduli apa lu ni ada jawatan Tok Guru dalam parti lu, tapi kalau macam ni lu punya pemikiran.., lu layak dapat jari tengah gua je baii..

Dulu syurga dan neraka lu dah isytihar sebagai hak milik PAS. Lepas tu lu declare kata Setan pun dah masuk geng lu. Sekarang ni lu nak bolot Allah jadi hak milik parti lu sorang je ke baii? Kiwak punya politician lah lu ni Nik Aziz..

Gua baru je ingat tak nak maki hamun si tua ni pasal hari ni besday dia yang ke 80. Tapi mintak maaf pada korang semua sebab gua gagal baii.. Gua tak berdaya menahan godaan untuk menyumpah binatang politik yang bermulut longkang nih.

Nak buat macam mana kan.., nasib dialah sebab berpolitik macam gampang... Hahahaha..