Sunday, January 16, 2011

Hanya kerana minyak masak...



Korang tahu tak apa yang dinamakan dengan kufur nikmat? Kufur nikmat ni sebenarnya adalah perangai yang tak tahu menghargai rezeki atau kemudahan yang dikurniakan oleh Allah swt.

Ramai manusia sekarang ni yang tergolong didalam kategori kufur jenis ni. Cuba korang tengok tabiat makan manusia zaman sekarang.., berlebih-lebihan sampai membazir.

Ada pulak yang jenis tak tahu nak hargai rezeki tuhan akibat dari perutnya yang buta akibat semata-mata nak cari untung.

Apa yang nak gua cerita kat sini ialah pasal krisis minyak masak yang ramai dok meroyan sekarang. Heran sungguh..., mana pi Pak Menteri yang sebelum ni beria-ia benar nak pantau harga dan juga operasi tauke-tauke cina sorokkan barang keperluan?

Mungkin Pak Menteri ni menyorok dalam kabinet dapur gamaknya kot? Tapi ini bukan isu kufur nikmat.

Yang kufur nikmat ialah sorang mamat ni yang beragama Islam dan berbangsa melayu tapi perangai tak mencerminkan agama dan bangsanya.

Islam menggalakkan kita amalkan bersedekah kepada mereka yang memerlukan. Bangsa melayu juga penuh dengan adap sopan, prihatin kepada orang yang didalam kesusahan.

Tapi korang tahu tak apa yang mamat ni buat? Dia sebenarnya menjadikan kekurangan minyak masak sebagai alasan untuk membuang bertandan-tandan pisang dari kebunnya.

Baii..., kenapa lu buang itu pisang? Lu tak boleh fikirkah? Kenapa lu tak sedekah ke masjid ataupun lu balik suruh mak atau bini lu buat lepat? Lepat tak guna minyak baii...

Dan lepas tu, lepat-lepat pisang tu lu sedekah laa pada budak-budak di kampung lu ataupun lu letak saja di masjid. mesti ramai yang makan baiii...

Ini pun lu tak tahu fikir ke? Dah tua bangka pun masih bengap lagi rupanya. Inilah akibat asyik fikirkan untung jee..., amal jariah lu nak suruh sapa fikirkan? Takkan nak suruh Ismail Sabery fikir kot baii?

Korang tengok..., inilah contoh manusia yang kufur nikmat. Apa ke bengapnya pegi buang semua pisang tu? Bukankah rezeki tuhan yang patut dikongsi dengan sekalian makhluk? Apa la punya jenis pemikiran mamat sorang ni...


GEORGE TOWN - Seorang pekerja kebun pisang, Muhammad Yusof membuang beberapa tandan pisang yang busuk apabila peniaga pisang goreng tidak dapat membeli pisang yang ditempah ekoran kekurangan minyak masak sejak Sabtu lepas ketika tinjauan foto BERNAMA di sini, hari ini. Menurut pekerja itu, sebanyak 30 tandan pisang dibuang kerana busuk dan rosak sejak krisis minyak masak sejak Sabtu lepas. -Bernama