Tuesday, January 18, 2011

Urusan kolej terbantut akibat pasport hilang


LAPOR...Hayder menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
LAPOR...Hayder menunjukkan laporan polis yang dibuatnya. KUALA LUMPUR: Urusan pendaftaran kad pelajar oleh penuntut dari Iraq terbantut apabila pasportnya hilang dan dipercayai dicuri ketika lelaki berkenaan dalam perjalanan ke kolej, pagi kelmarin. Pelajar jurusan perniagaan dari Kolej Rima, Hayder Adil Ali, 21, berkata dia menyedari kehilangan dokumen berkenaan sejurus tiba di kaunter pendaftaran kolej di Bandar Puteri, Puchong kira-kira jam 9 pagi.
Menurut Hayder, dia sudah puas mencari pasport di kondominiumnya di Jalan Tun Ismail, tetapi tidak jumpa. “Bimbang dokumen itu jatuh ke tangan pihak tidak bertanggungjawab, saya membuat laporan di Balai Polis Jalan Dang Wangi,” katanya ketika ditemui, semalam.
Katanya, dia akan ke Kedutaan Iraq di Jalan Pahang untuk melaporkan kehilangan terbabit.
Dia berharap dokumen itu dipulangkan semula kepadanya jika orang ramai menemuinya, malah boleh menghubungi talian 013- 6874130.