Sunday, January 16, 2011

PANAS!!! Kereta ADUN Selinsing remuk teruk di dalam kemalangan jalanraya...



Kereta CRV yang dipandu oleh ADUN Selinsing remuk teruk dibahagian hadapan akibat berlanggar dengan sebatang pokok ditepi bahu jalan.

Tapi, nasib baik ADUN tersebut tak mengalami kecederaan serius cuma cedera di jari dan juga mengalami kesakitan dibahagian dada akibat hentakan kemalangan.

Kemalangan berpunca selepas ADUN tersebut cuba mengelak dari sebuah motosikal yang tiba-tiba berhenti di tengah-tengah jalan untuk membelok ke kanan tanpa memberi sebarang isyarat.

Sebab itulah keretanya terbabas dan merempuh pokok yang berada dibahu jalan tersebut.


Untuk pengetahuan korang, ADUN yang kemalangan ini bukannya ADUN yang dikaitkan dengan kes khalwat dalam koc keretapi tu, tetapi ADUN ini ialah YB Hj Husin B Din yang merupakan wakil rakyat PAS kawasan Selinsing Perak.

Ada beza diantara Selinsing Perak dengan Selising Kelantan baiii.. Beza yang paling utama ialah ADUN Selinsing Perak ni tak ada rekod kena tangkap khalwat. Tak macam yang di Kelantan tu.

Tapi, termasuk kes kemalangan ADUN Selising Perak ni.., dah dua pemimpin utama PAS Perak dilanda musibah.


Minggu lepas, Setiausaha PAS Perak Hj. Misbahul Munir pun terlibat dalam satu kemalangan di lebuhraya PLUS berdekatan dengan Behrang dalam keadaan hujan lebat

Hari ni kena pulak pada Hj Husin ni. Bagi gua, ini semua adalah kifarah Allah untuk pemimpin-pemimpin PAS ni kerana mereka bersekongkol dengan DAP Perak bagi menjatuhkan kerajaan Islam UMNO.

Gua harap, dorang ni akan kembali kepangkal jalan apabila ditimpa ujian Tuhan ni semua. Dorang ni semua patut ingat, kalau kafir tu kafir jugaklah.., terutamanya kafir harbi macam DAP.

Nasihat gua kepada pemimpin PAS Perak, bertaubatlah sebelum terlambat!