Tuesday, January 18, 2011

Mahu lagi tahun depan


MERIAH...antara  artis yang menjayakan persembahan pada konsert Jelajah Metro di  Dataran Hadhari, Pantai Teluk Batik, Lumut, semalam.
MERIAH...antara artis yang menjayakan persembahan pada konsert Jelajah Metro di Dataran Hadhari, Pantai Teluk Batik, Lumut, semalam. MANJUNG: Lebih 10,000 penonton membanjiri Dataran Hadhari, Teluk Batik Resort di sini, bagi menyaksikan acara kemuncak, Konsert Jelajah Harian Metro yang julung kali diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-20 akhbar harian Bahasa Malaysia nombor satu negara. Pengunjung, Jamaludin Shaari, 46, berkata, dia berharap jelajah Harian Metro akan diadakan lagi pada masa akan datang bukan saja bagi meraikan ulang tahun, tetapi lebih kepada acara bertemu pembaca setia.
“Saya memang tak pernah ketinggalan membeli Harian Metro kerana ceritanya sensasi dan padat. Jadi apa salahnya jika datang lagi untuk kami. “Mungkin selepas ini pelbagai aktiviti dan hadiah menarik boleh disediakan khusus untuk pembaca kerana kami mahu jadikan ia sebagai tanda kenangan,” katanya.
Hamimah Ali Bashah, 25, berkata, dia rasa bertuah kerana dapat meraikan ulang tahun akhbar kegemarannya sekeluarga dan menganggap ia hadiah paling istimewa.
“Saya dan keluarga datang di sini sejak awal pagi lagi untuk menyertai pertandingan sukaneka dan mendapatkan barangan serta cenderahati Harian Metro untuk dijadikan kenangan.“Terima kasih kepada warga kerja Harian Metro kerana sanggup turun padang bertemu pembaca dan berharap jelajah ini diadakan lagi pada tahun depan,” katanya.
Sementara itu, pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan artis termasuk Finalis Penyanyi Baru Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Daus AF8; juara program Mentor, Muhammad; Farahwahida; Ifa Raziah; Farah Asyikin dan Razali Hussien. Sebelum itu, pengunjung diserikan dengan pertandingan karaoke santai Metro yang menyaksikan Nor Mazlina Eles dari Kuala Kurau dinobatkan sebagai juara.
Dia yang menyampaikan lagu Bertakhta Dihati yang dipopularkan Farahdhiya membawa pulang wang tunai RM250 dan hamper.
Tempat kedua dan ketiga dimenangi Mohamad Amirul Md Yusof dan Mohd Hazwan Mohammad Amran, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM150 dan RM100 serta hamper.
Juri pertandingan karaoke dibarisi Editor Hiburan Harian Metro, Roslen Fadzil, Azza Elite dan Razali Hussien.