Wednesday, January 19, 2011

Kenapa Ana Raffali Melatah?

Melihat daripada gaya dia membawa diri di dalam setiap majlis yang berlangsung, memang Mangga kagum dengan pemilik juara lagu ke 25 yang lalu.
Siapa yang tidak kenal Ana Raffali sekarang? Semakin hangat diperkatakan, bukan sahaja kerana kemenangannya dalam anugerah itu ataupun bukan kerana namanya antara artis yang banyak menggondol kategori dalam Anugerah Bintang Popular akan datang, tetapi turut kerana beberapa cerita kurang menarik tentang dirinya sejak kebelakangan ini.
Memang benar, ada beberapa cerita ‘busuk’ tentang Ana, malah sudah beberapa kali Mangga dengar orang ramai sibuk bercerita tentang sikap Ana sekarang.
Awalnya, Mangga malas nak ambil pusing, ialah siapalah Ana untuk terlalu dipedulikan, kerana ramai lagi artis lain yang perlu di kejar untuk mendapatkan cerita sensasinya, tapi malam tadi selepas membaca beberapa ‘pertikaman’ twitter yang berlaku antara Ana dengan seorang blogger, rasanya tak salah jika Mangga turut sama ‘mengambil berat’ tentang Ana.
Ana dalam Twitternya menegur secara berhemah seorang blogger yang bercerita tentangnya, biarpun tidak dinyatakan nama pada artikel (rasanya artikel itu ditulis oleh sebuah akhbar tempatan) itu. Katanya, dia membawa nama bapanya, jadi dia tidak mahu jika cerita yang ditulis oleh media atau blogger tanpa merujuk pada dirinya dahulu.
Memang benar kata Ana, tapi satu perkara yang mangga nak cakap, ‘Jika tidak tahan dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai’, jadi jika artikel yang sekecil itu pun, Ana sudah bengang, bagaimana mahu menanggung gosip sebesar kontroversi Fasha Sandha?? Mampukah?
Tindakan Ana itu betul, dengan niat menegur, tapi tak perlu secara umum atau bising-bising di laman sosial. Kamu nampak terlalu cepat melatah, dan kamu nampak tidak bijak.
Mangga Muda: Tak suka tulis hal peribadi di laman sosial, Twitter atau Facebook, nampak macam meroyan.

Melihat daripada gaya dia membawa diri di dalam setiap majlis yang berlangsung, memang Mangga kagum dengan pemilik juara lagu ke 25 yang lalu. Siapa yang tidak kenal Ana Raffali sekarang? Semakin hangat diperkatakan, bukan sahaja kerana kemenangannya dalam anugerah itu ataupun bukan kerana namanya antara artis yang banyak menggondol kategori dalam Anugerah Bintang Popular akan datang, tetapi turut kerana beberapa cerita kurang menarik tentang dirinya sejak kebelakangan ini. Memang benar, ada beberapa cerita ‘busuk’ tentang Ana, malah sudah beberapa kali Mangga dengar orang ramai sibuk bercerita tentang sikap Ana sekarang. Awalnya, Mangga malas nak ambil pusing, ialah siapalah Ana untuk terlalu dipedulikan, kerana ramai lagi artis lain yang perlu di kejar untuk mendapatkan cerita sensasinya, tapi malam tadi selepas membaca beberapa ‘pertikaman’ twitter yang berlaku antara Ana dengan seorang blogger, rasanya tak salah jika Mangga turut sama ‘mengambil berat’ tentang Ana. Ana dalam Twitternya menegur secara berhemah seorang blogger yang bercerita tentangnya, biarpun tidak dinyatakan nama pada artikel (rasanya artikel itu ditulis oleh sebuah akhbar tempatan) itu. Katanya, dia membawa nama bapanya, jadi dia tidak mahu jika cerita yang ditulis oleh media atau blogger tanpa merujuk pada dirinya dahulu. Memang benar kata Ana, tapi satu perkara yang mangga nak cakap, ‘Jika tidak tahan dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai’, jadi jika artikel yang sekecil itu pun, Ana sudah bengang, bagaimana mahu menanggung gosip sebesar kontroversi Fasha Sandha?? Mampukah? Tindakan Ana itu betul, dengan niat menegur, tapi tak perlu secara umum atau bising-bising di laman sosial. Kamu nampak terlalu cepat melatah, dan kamu nampak tidak bijak. Mangga Muda: Tak suka tulis hal peribadi di laman sosial, Twitter atau Facebook, nampak macam meroyan.