Sunday, January 16, 2011

AWAS!! Ini bukan cobaann.. Anwar bawak masuk hantu di DUN Tenang...



Ini ada cerita gempar baii.. belum lagi proses penamaan calon bermula di DUN Tenang, pengundi hantu telah mula muncul di kawasan tu.

Selalunya hantu-hantu ni muncul hanya waktu mengundi, tapi kali ni, hantu-hantu ni muncul awal dan telah kacau penduduk di Estet Bukit Dato. (korang baca SINI)

Gua rasa, mesti hantu-hantu ni muncul awal pasal Anwar Ibrahim turun kempen kat situ. Maklumlah, bila King Jenglot Nuar Berahi dah turun kempen, anak-anak buah pun meroyan sakanlah.

Tambah-tambah pulak bila puak paranormal PAS pun dah join geng Raja Hantu Anwar ni, tak payahlah hantu-hantu semua takut lagi untuk mengganas. Kira dah dapat lesen besarlah ni baii..

Dulu puak-puak PAS dan PKR selalu tuduh parti cap keris bela pengundi hantu, tapi sekarang ni memang confirm puak dorang yang sebenarnya menternak segala jenis hantu, jin, jembalang tanah dan juga pelbagai spesis toyol.

Korang tengok tengok je lah disetiap 13 PRK di sepanjang dua tahun lebih ni. Yang ditugaskan mengacau di peti-peti undi ialah hantu-hantu terlatih bagi mengundi PAS dan Pakatan.

Yang dok buat onar sewaktu penamaan calon ialah jin-jin dan jembalang tanah belaan sang paranormal PAS dan King Jenglot Nuar Berahi.

Manakala yang kerja tukang buat fitnah serta sebar risalah pulak, ialah terdiri dari pelbagai spesis toyol yang beraneka warna yang kerjanya mengampu telor dukun-dukun santet parti cap bulan.

Apa yang gua dapat tau dari member gua yang berada ditempat kejadian, penduduk telah mengupah bomoh untuk halau hantu ni semua tapi tak berjaya.

Gua rasa, bomoh yang dorang upah tu tak pandai berdiplomasi dan tak tau apa kehendak hantu-hantu yang mengacau penduduk tempatan tu.

Nasihat gua, cari je tiket VVIP one way ke syurga ataupun tiket koc keretapi kelas pertama JB-Padang Besar dan bagi sorang satu kat hantu tu..., mesti hantu-hantu tu semua setuju untuk berhenti membuat onar.

Itu saja cara nak jinakkan hantu tu baii... Bak kata pepatah Alfonso De Albuquerqe, 'like father like son'. Hahahahaha....